
Satu perkara yang saya perasan di dalam beberapa kali kesempatan solat di Masjid India Kuala Lumpur ialah,setiap kali selepas solat maghrib,ada makanan beserta air percuma diedarkan. Manusia berbaris panjang sejak sebelum azan lagi,tanpa mengira bangsa dan agama.
Ini satu usaha yang sangat baik,menzahirkan peranan masjid di dalam menjaga kebajikan orang yang kurang berkemampuan. Ia juga mempamerkan imej Islam yang baik kepada orang ramai terutamanya orang yang belum Islam dan pelancong asing.
Disamping kita bising kepada pendakwah agama lain yang 'memurtadkan' orang Islam dengan cara memberikan bantuan kebajikan,kita juga perlu perhebatkan usaha memberikan bantuan kebajikan seperti ini.
Bahkan antara seruan Nabi SAW yang paling awal sewaktu masuk berhijrah ke bumi Madinah ialah "Wahai manusia,sebarkanlah salam,berikanlah makan,dan solatlah pada waktu malam tatkala manusia sedang tidur,maka kamu akan masuk ke Syurga dengan selamat sejahtera"
No comments:
Post a Comment