"Islam? Islam tu takde kemajuan.. Islam tu kolot..
Kalau ikut Islam jerr, jatuh larr kemajuan..
Semua tak boleh.. Tu haram, ni haram, sana haram, sini haram.. Klau sume
benda nak haram, macam mana nak maju?"
Itu lah kata-kata biadap dari segelintir orang kita.
Mereka fikir Islam itu ialah agama padang pasir yang
menunggang unta dan memakai topeng ninja semata-mata.
Mereka fikir Islam mengajar untuk hidup cara orang padang
pasir yang berpindah randah, makan belalang, tidur sebelah unta dan makan kurma
sahaja.
Padahal mereka 100% SILAP!!
Islam itu agama yang sempurna. Ia meliputi semuanya. Kerana
Islam ialah agama yang mengabdikan diri kepada Allah sepenuhnya. Islam mengajar
cara hidup, cara berekonomi, berpolitik, ilmu sains, adap, akhlak dan pelbagai
lagi.
Islam ialah satu-satunya agama yang mementingkan zahir dan
rohani.
Seperti agama lain, Islam juga mengajar adab dan akhlak.
(memang ada segelintir Islam yang biadab dan kuangajarr)
"Don't judge a religion by its follower. Judge religion
by its divine or holy book."
-Dr. Zakir Naik-
Bukti Islam itu sempurna,
1. PERSONALITI
Islam mengajar kita
adab dan akhlak. Setiap umat Islam MESTI menjadikan nabi junjungan besar
Muhammad SAW sebagai mentor dan ikutan. Kerana baginda ialah contoh terbaik.
Tiada personaliti yang lebih baik dari Muhammad SAW.Jejaka yang sentiasa
senyum, sentiasa berwangi, yang sentiasa bersopan, sentiasa jujur. Muhammad SAW
ialah orang yang paling layak menjadi mentor.
(bukannya Mas Idayu, Hattan tu sume . tu mentor
teriak-nyanyi buleh larr)
ini kah sbb islam mundur?
2. BERMASYARAKAT
Islam mengajar kita adab dari aspek demi aspek. Kita ada
adab berjiran. Islam memperjirankan 40 rumah ke kiri, ke kanan, ke atas, ke
bawah, ke sisi, atau segala penjuru. Islam menggalakkan ziarah menziarahi
sesama masyarakat tak mengira agama dan bangsa. Dan Islam menekankan perkataan
Silaturrahim sehinggakan semua umat Islam dianggap bersaudara dan Al-Quran
memanggil manusia dengan nama 'Bani Adam' yaitu anak adam. (kaum anak adam)
(tak perlulah lagi nk menamakan yg ni masyarakat india, yg
ni cina, yg ni melayu, yg ni bajau dn sebagainya)
kerana kita 'Bani Adam'.
adakah bermasyarakat membuatkan islam mundur?
3.UNDANG-UNDANG
Sebelum adanya pelbagai undang-undang parlimen dan
kanun-kanun di setiap negeri, Islam
telah mengajar kita undang-undang yang dipanggil Hukum Hudud.. Bukan sahaja
hukum ini, tapi ada juga hukum lain yang dipanggil hukum kisas. Hukum ini
sememangnya adil. Semangnya hukum ini memberi hukuman yang berat, tapi syarat
hukuman juga ketat. Contoh:
Orang mencuri potong tangan.
Jika pencuri mencuri kerana terpaksa, (kalau tak curi tak
dpt duit beli makanan)
maka ia tidak di hukum.
Jika saksi, mesti ada sekurang-kurangnya 4 saksi.
(perlukah lagi segala kanun lanun yang ada jika kita ada
hukum yang lebih adil)
Kini, Hudud tidak dijalankan di M'sia kerana mereka fikir
hudud itu perjuangan parti.
adakah undangx2 membuatkan islam mundur?
4.BERPOLITIK
Islam menolak rasuah sekeras-kerasnya. Dan Islam juga
sebenarnya ada sistem politik sendiri. Ia dipanggil sistem syura'.
Sistem Syura' mengatakan 2 perkara.
Allah ialah Al-Maliq (Raja Mutlaq yang empunya seluruh
kerajaan)
Allah ialah Al-Hakam (Pengubal Hukum)
Sistem Demokrasi mengatakan 2 perkara yang berbeza.
Kerajaan ialah Al-Maliq
Parlimen ialah Al-Hakam
Islam mengajarkan cara berpolitik dan agama lain tidak. Ini
menunjukkan Islam lebih maju dari apa yang mereka fikir.
adakah berpolitik membuatkan islam mundur?
5.BERNIAGA DAN BEREKONOMI
Islam menolak Riba' sekerasnya. Dan tidak boleh menipu di
dalam jual beli. (menipu luar jual beli pon x bleh)
Dan sejak dari dahulu lagi, matawang kita ialah Emas, Perak
dan Gangsa. (Dinar, Dirham, Fulus)
Ia ialah matawang yang terbaik sepanjang zaman. Quran
mengsinonimkan emas dengan syurga sebagai nikmat di sana. Sehinggakan Nabi
Sulaiman A.S yang memiliki kuasa empiyar terbesar di dunia tak tertanding pun
masih mengekalkan penggunaan emas di zamannya. Kegemilangan empiyer dulu
seperti Hindi, Melaka, Monggol dan yang lain-lain juga kerana ekonomi emas. Dan
ia diteruskan pada zaman Nabi SAW, zaman Ar-Rasyidin, Umyyah, Abbasiyah dan
seterusnya.. (tp x berkekalan skarang)
(tak tau larr knp skarang sebok nk tukar kertas dan besi
biase jerr..bangge dgn Poundsterling, US Dolar, Euro Prancis dn sebagainya...)
adakah berniaga dan berekonomi tidak memajukan?
6.AKHLAK DAN ADAB
Islam mengajar kita untuk beradab dan berakhlak sentiasa.
Sehinggakan dalam perperangan juga ada adabnya..
Ada adab di tempat ibadat agama lain, ada adab bergaul dgn
agama lain..
Ada adab antara pemimpin dengan pemimpin.
Islam mementingkan adab dan akhlak dlm segala hal.
Adakah adab
membuatkan Islam tidak maju?
MENGAPAKAH ISLAM DIKATA KOLOT SELEPAS AJARANNYA MEMBAWA
KEPADA KEMAJUAN?


.jpg)
No comments:
Post a Comment