Monday, 17 December 2012

{Iman Mutiara}




Saya amat gemar untuk mendengar lagu "Iman Mutiara" yang dinyanyi oleh Raihan. Liriknya begitu merdu :

iman tak dapat diwarisi...
dari seorang ayah yang bertaqwa...
ia tak dapat dijual-beli...
ia tiada di tepian pantai...

walau apapun caranya jua...
engkau mendaki gunung yang tinggi...
engkau berentas lautan api...
namun tak dapat jua dimiliki...
jika tidak kembali pada ALLAH...

Memang benar bahawa Iman tidak dapat diwarisi, sehingga Nabi Ibrahim a.s. juga menyeru anaknya mengikuti ajaran Tauhid yang diberikan Allah s.w.t. , seperti difirmankan dalam surah Al-Baqarah 2:132 :

"Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan ugama itu kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: “Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih ugama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam”. "

Apabila kami yang dilahirkan sebagai Non-Muslim telah memilih jalan menuju Allah s.w.t. , bukannya kerana kami ingin menderhakai ibu bapa yang tercinta. Sebaliknya kami telah menjumpai mutiara yang kekal abadi dalam kehidupan, menjadi hambaNYA selama-lamanya.

Disebabkan Iman tidak dapat diwarisi, sehingga anak Nabi Ibrahim a.s. juga diminta untuk memilih agama Islam. Betapa besar hikmahNYA dalam surah Al-Baqarah 2:132.

Ikhwan Ng

<perkongsian dari sahabat berbangsa cina>


No comments:

Post a Comment